Idola Saya

Posted: March 23, 2010 in keluarga

Siapa idola anda sebagai seorang pemimpin pelajar?

Soalan yang ditujukan kepada saya dalam salah satu LDK yang diadakan sepanjang kursus kepimpinan UDM baru-baru ni

Sudah semestinya dan sewajibnya semua umat islam di dunia ini menjadikan nabi Muhammad S.A.W sebagai idola kita.

Ok.

Seseorang yang sangat-sangat mempengaruhi cara hidup saya adalah seorang insan yang bernama Ayah.Tak lupa juga kepada insan yang bernama ibu.Tapi kali ni biar saya cerita mengenai ayah dulu.

Ayah mempunyai sikap kasih sayang yang sangat tinggi terutamanya kepada keluarga.InsyaAllah saya akan menjaga keluarga saya sepertimana saya menjaga diri saya sendiri.

Arwah tok selalu pesan kepada saya semasa arwah masih hidup. “adek..adek kena jadi anak yang baik tau.Jadi macam ayah.Belajar rajin-rajin,dan suatu hari nanti bila dah jadi seorang pemimpin,jangan sombong,kena ingat di mana asal usul kita”

Ye tok.insyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk keluarga.Sepanjang arwah idup,ayah pasti akan berkunjung ke umah tok setiap petang.Tak kira la hujan ke,ribut ke,panas ke,salji ke..eh-eh.Malaysia ada salji ke??huhu.Ok-ok,sambung crita.

Ayah terapkan sikap kasih sayang dalam keluarga.Walaupun ayah manjakan saya dan akak,tetapi dia seorang yang tegas.Saya dan akak takut kalau nak melawan cakap-cakap ayah.Tapi kalau dengan ibu,saya slalu gak melawan.huhu..

Tapi takde la sampai meninggikan suara kat ibu.Contoh macam ni la,kalau saya balik je umah dengan berambut panjang ( konon-konon la ) for sure ibu akan suruh saya potong rambut..HuHu..selalunya saya tak nak potong.Kan melawan cakap ibu tu..huhu.

Tapi ibu dah tau dah kelemahan saya.

“Kalo adek sayang ibu,adek potong rambut tu”.Itu la ayat yang ibu akan cakap sebab ibu tau saya akan buat apa saja kalau ibu cakap ayat tu.huhu..T____T.

Ayat tu memang sangat-sangat berkesan kepada saya dan satu lagi,saya tak sanggup melihat air mata ibu berlinangan.Tak tau kenapa.Saya pasti akan ralat seumur idup saya kalo saya ada buat kesalahan sampai air mata ibu berlinangan.huhu.

Ok..sambung crita tadi.

Kalau ditanya siapa idola saya,ini la jawapannya.

“AYAH”

InsyaAllah ayah,saya akan belajar bersungguh-sungguh.Akan dengar cakap ibu dan ayah dan akan menjadi anak yang soleh.Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s