Sejenak Terpikir

Posted: March 15, 2010 in 1

Sangat enak menghirup udara segar di luar bilik pada awal pagi.Badan berasa segar dan hati pun berasa tenang.

Berkumandang suara azan subuh mendayu-dayu mengajak umat islam mendirikan solat subuh.

Masyaallah,seawal pukul 5 pagi saya telah terdengar bunyi kicauan burung di luar bilik.Mereka berangkat keluar dalam keadaan lapar pada waktu pagi dan balik kesarang semula dalam keadaan kenyang.

Fenomena itu membuatkan saya terpikir bahawa rezeki tidak datang bergolek.Betul tak?Kita perlu keluar untuk mencari rezeki.Yang sebaiknya seawal pagi kan?Sebabnya tempoh masa yang sedikit panjang berbanding kalau kita bangun pada lewat tengah hari.

Apabila kita sudah berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t. InsyaAllah Allah akan turunkan rezeki kepada kita.

Hubungan silaturrahim antara manusia juga perlu dijaga.Mau idak,kalau asyik bergaduh je,dengki mendengki je.Macam mana Allah nak kasi rezeki kepada kita kan?

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

(Bukhari)

silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya.Malah tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihani saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.Kita tidak boleh hidup seorang diri.seperti tangan kanan memerlukan tangan kiri dan sebagainya.Bila semuanya berpasangan,rasa makin cemerlang untuk melakukan apa-apa perkara kan?InsyaAllah.

Dalam hadis di atas menyatakan sekiranya kita mahukan dimurahkan rezeki dan dapanjangkan usia,maka perlulah kita menjaga hubungan silaturrahim diantara sesama manusia.Betul tak?

Jadi kita fikir-fikirkan lah bersama.InsyaAllah ada keberkatannya.

Salam

Comments
  1. fas says:

    so conclusionnya, elakkanlah dri sikap dengki dan kekalkan lah hubungan silaturahim sesama kita..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s