Tiba-tiba petang ni rasa nak mengupdate blog lak.Dah hampir 1 atau 2 bulan tanpa apa-apa berita dari penulis.
Penulis masih hidup dan masih sihat wal afiat..hehe..
Banyak sangat perkara yang berlaku yang membuatkan saya menjadi seorang yang agak sibuk.Erm..( Be strong wan ).
Insyaallah saya akan berkongsi bersama sahabat-sahabat sepanjang pengalaman menjadi seorang “PEMIMPIN”.
Rutin harian sebagai mahasiswa teknologi makanan memang agak mencabar.Dengan lab reportnya lagi,assingmentnya lagi.Semua itu mengajar saya supaya lebih kuat berusaha untuk berjaya.Tetapi hati sentiasa girang dan gembira apabila ada family dan kawan-kawan di samping kita kan?? ( baik cakap ya,kalo tak ……HaHa- nada mengugut lak )
Kekadang tu bz sebagai seorang pelajar,seorang ”PEMIMPIN”,buatkan saya rasa takut sangat kalau tak tahan dengan cabaran ni.
Tapi hati saya kembali girang apabila terbaca ayat tersebut:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Die mendapat ( pahala ) dari ( kebajikan ) yang dikerjakannya dan dia mendapat ( siksa ) dari ( kejahatan ) yang dibuatnya”
Surah Al-Baqarah,ayat 286
MasyaAllah..Itu janji Allah kepada hamba-hambaNya..Kita sebagai hambaNya,jangan lupa berdoa ( bersungguh-sungguh ) supaya Allah tidak memberi dugaan yang kita sendiri tak dapat nak tempuhi.
Kena yakin betul kawan-kawan.Dan hari ni,saya bersyukur sangat-sangat.Nak tau tak kenapa??
Ok..terus..
Hari keputusan Matrikulasi diumumkan,saya dalam perjalanan ke Mekah Al Mukarramah bersama family.Tempat yang saya teramat-amat rindu nak kunjungi.
Antara doa-doa saya di Mekah:
Ya allah…Aku mohon kepadaMu supaya aku dapat melanjutkan pengajian tinggiku dalam jurusan teknologi makanan dan di mana-mana universiti yang terbaik untukku.Hanya Engkau mengetahui apa yang terbaik untukku.
Dan Allhamdulillah…Sekarang saya sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan teknologi makanan.Bidang yang saya sangat minati dan hajati.Syukur kepadaMu ya Allah.
Keduanya,di universiti saya belajar untuk menjadi seorang “PEMIMPIN” kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat saya.Doakan saya dapat memikul tanggungjawab dan amanat ini dengan jayanya..InsyaAllah..
Dimana ada kekurangan dalam diri saya,saya memohon maaf kepada semua dan bantulah saya dalam apa jua yang saya lakukan.
Ritzsyde.
Exco Penyelidikan dan Inovasi
Salam











hehe..insyaAllah abg akan dpt jadi pemimpin yg baik..gud luck bg..=)
terima kasih fas
wan..hg jadik MPP..??waaahhhh….mak datin la kak long nnt ek..tahniahh..lmer t tgok blog hg..ngeee…
hehe..doa2 la utk aku ye
hahah..mak datin..i like title 2..gagaaga.gila title lak =)
hehe..doa2 la satu ari nanti dpt title 2
salam.. ermmm blog motivasi diri yg bagus… teruskan perjuanganmu.. insyaAllah…
terima kasih sensei =)