6.15 a.m – telefon berdering..
Kring!!!!Kring!!!!
Bangun….bangun..dah subuh dah..
Terima kasih kepada insan ( fasihah ) yang kejutkan saya subuh.Itu lah rutin harian pagi beliau,sanggup kejutkan saya subuh.MasyaAllah..
10.00 a.m – Teman ayah dan ibu ke ladang orkid.
Ibu dan ayah memang gemar berkebun.Kalau balik rumah je,saya mesti rehat-rehat di luar rumah.Dengar deruman air terjun di halaman rumah sambil meneguk secawan kopi sangat mengasyikkan.
Dalam perjalanan ke ladang orkid tu,saya sempat membaca buku tulisan sis zabrina dalam kereta.MasyaAllah..
Hebat hasil tulisan beliau.Buku yang padat dengan pengajaran dan menghiburkan.
Tahniah sis zabrina!!
Sanggupkah kita berkahwin dengan diri kita sendiri??
Klakar kan?Tapi sebenarnye banyak tauladan yang kita boleh pelajari.
Sekiranya kita ada sikap pemalas,cepat putus asa dan sebagainya.Senang cakap sikap-sikap kita yang negatif la.
Kita sanggup ke nak mengahwini orang yang ada sikap-sikap macam tu?
Kita nak ke anak-anak kita ada sikap sebegitu?
Tersentak apabila baca buku tersebut.Tak ada orang lain yang boleh mengubah diri kita selain kita sendiri.
Walaupun ianya mengambil masa yang panjang untuk berubah..Tapi saya mesti melakukan juga!!!
Pilihan semua terletak pada diri sendiri.Nak jadi baik ataupun sebaliknya.
Kalau anda semua ada niat nak berubah untuk memperbaiki diri sendiri.Saya sarankan baca buku sis zabrina ni.Insyaallah anda akan pelajari sesuatu dalam hidup anda.
Salam











mantop2..bonus mark..woot3..o_O
bonus mark??utk ape din??