Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!!
Hari ni dah 20 tahun saya menyambut hari raya aidiladha.Alhamdulillah..Syukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t
Intipati khutbah hari raya pagi tadi sangat bermakna.
Berkorban kerana Allah Ta’ala
Selain tu,nikmat syukur perlu ada dalam diri kita.Senang kan cakap bersyukur??Tapi susah nak ada sikap macam tu.
Bagi seorang usahawan.Untuk memulakan sesuatu bisnes.Perkara yang ada dalam minda kita apa?
Modal kan?
Kalau pikir modal,mesti semua akan pikirkan duit nak buat bisnes kan?
Ye..tu salah satu modal tapi modal yang paling penting adalah modal kesihatan tubuh badan kita.
Betul bang,betul kak..Kalau kita banyak duit tapi badan kita tak sihat,ada penyakit tu,ada penyakit ni.Duit banyak mana pun tak guna kan?Terlantar atas katil je.HuHu.
Jadi bersyukur la dengan apa yang kita ada.Jaga kesihatan kita baik-baik.Berdoa kepada Allah supaya kita dapat menempuhi hidup kita dengan hati yang senang dan bahagia.
Ya Allah ya tuhanku. Aku bersyukur padamu ya Allah. Berilah yang terbaik untuk diriku. Hanya engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku ini
amin
Akhir kata,Selamat Hari Raya Eiduladha dari saya.Teruskan usaha anda wahai usahawan-usahawan di luar sana
Salam
Ritzsyde










manusia sanggup berkorban untuk anak-anak dan harta tetapi belum tentu manusia sanggup mengorbankan nyawa, masa dan harta untuk agama o_O
aar.susah nak cari orang yang mcm 2.kita doa2kan lah ada insan yang sanggup korbankan nyawa,masa dah hartanya utk agama kita ni.insyaallah..