Assalamualaikum…….
Apa khabar semua…Sudah beberapa hari blog ini sudah tidak diupdate kan…
Beberapa hari lepas,semua pelajar UDM kampus kota terpaksa berpindah ke apartment baru UDM kampus kusza,termasuk la saya sendiri…Asrama Maidam yang diduduki oleh semua pelajar UDM kampus kota sedang dalam proses pengubahsuaian…Mau tak mau,terpaksalah kami semua berpindah ke kusza..Sungguh letih rasanya mengangkut-mengangkut barang….
Walaupun kami menginap di kusza tetapi,pembelajaran masih lagi di kampus kota..Bas akan bertolak ke kota setiap pagi bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam..
Sepanjang perjalanan dari kota ke kusza ataupun kusza ke kota,saya perhatikan begitu banyak kereta austin mini cooper yang lama tetapi sudah diubah suai sebegitu cantik di bumi Darul Iman ini..Dimaklumkan,bumi Darul Iman ini sungguh banyak peminat kereta-kereta antik mahupun motor-motor antik seperti vespa,mini cooper dan sebagainya…
Hari ini saya ingin berkongsi satu idea…Apa kata sekiranya peminat-peminat barangan antik ini membeli seberapa banyak kereta mini cooper..Di maklumkan harganya tidak sebegitu mahal..Anda lakukan beberapa pengubahsuaian untuk mencantikkannya.Selepas itu,anda jualkannya kembali.Pasti nilai barangan itu akan lebih tinggi…
Saya pasti di Malaysia sendiri,begitu ramai peminat kereta-kereta antik..Anda boleh mempromosikan syarikat anda..Sekiranya ada sesiapa hendak membeli kereta-kereta antik ini,pasti mereka akan ingat syarikat anda contohnya..

Oleh itu,jadikan hobi anda untuk menjana pendapatan…
Salam….









