Penjual Goreng Pisang yang Jutawan

Posted: December 4, 2008 in Coretan

Kisah ni diceritakan oleh salah sorang kenalan..Orangnya warga Indonesia tetapi sudah lama bermastautin di bumi Malaysia dan mempunyai rangkain perniagaan yang hebat..
Ceritanya mengenai abgnya yg merupakan graduan salah satu universiti di Indonesia dalam bidang kejuruteraan kimia.Saya namakan abgnya sebagai Rudy.

Siapa tahu seorang graduan dalam bidang kejuruteraan kimia hanya mahu menjual goreng pisang di tepi jalan.Rudy sangat yakin yang dia akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda daripada perniagaannya ini.Rudy sangat jujur dalam urusan jual beli dan pembeli sangat sukakan kerangupan pisang goreng Rudy.

Jangan terkejut sekiranya skrang kita dapat melihat Rudy memiliki kereta BMW 6 series,mempunyai sebuah banglow yg besar.Ini semua berkat usaha dan kegigihannya berniaga..
Bagi saya,perniagaan pisang goreng sangat menarik,para perniaga harus lebih kreatif,misalnya penghasilkan tepung yg lebih rangup dan sedap seperti KFC.Hasilkan tepung goreng yg origanal dan spicy seperti KFC.Perniaga juga bole mempelbagaikan jenis goreng pisang seperti pisang goreng bersama perasa coklat,perasa strawberi,perasa kiwi,peanut dan sebagainya seperti dunkin donut.Kita boleh komersialkan produk tempatan kepada gobal..


Siapa sangka pendapatan seorang peniaga goreng pisang boleh menjangkau sebanyak RM8,000 sebulan.

Contohnya,bayangkan diri anda memiliki sebuah perniagaan goreng pisang yang memperolehi keuntungan sebanyak RM6,000 sebulan.Katakan anda menetapkan pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.Apa yang anda perlu lakukan untuk mencapainya??Anda boleh memanjangkan tempoh perniagaan,menjual secara online dan sebagainya..

Bagaimana pula sekiranya anda ingin menetapkan pendapatan sehingga RM1 juta sebulan daripada perniagaan goreng pisang anda itu??Mesti ramai yang berfikir,”mana boleh,mana mungkin dapat menjana pendapatan sebanyak RM1 juta sebulan dengan perniagaan goreng pisang sahaja..

Memang mustahil sekiranya anda masih menggunakan strategi yang lama,anda harus mengubah sepenuhnya strategi perniagaan anda.

Sebagai contoh,anda perlu mengkaji bagaimana anda dapat meluaskan pasaran,meningkatkan modal untuk melakukan penyelidikan untuk tujuan penjenamaan..Anda juga bole menggunakan pisang organik sebagai bahan mentah.Ini kerana,buah-buahan organik mendapat pasaran yang menggalakkan kerana semakin ramai orang sedar akan kepentingan menjaga kesihatan..
Anda juga bole mempelbagaikan goreng pisang anda tersebut seperti yang saya cadangkan tadi.Pelbagaikan perasa goreng pisang.Selain itu,anda bole membina sistem francais dan memberikan lesen kepada penjual goreng pisang seluruh dunia..

Dengan membina strategi yang fleksibel,saya pasti anda dapat mencapai apa sahaja yang anda idamkan…

Salam mesra,selamat berjaya

Comments
  1. [...] : peniaga goreng pisang pun leh jadi jutawan. sila baca kat sini yer. doakanlah mudah-mudahan murah rezekiku. [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s