12.04.09

Kawan

Posted in Uncategorized at 6:55 am by ritzsyde

Zaman remaja seperti sekarang ni.Kita semua lebih selesa kan berkongsi cerita,masalah kepada kawan-kawan compare dengan ibu ayah kita?

Kawan merupakan pengaruh yang sangat besar bagi remaja zaman sekarang.

Betulkan saya kalau saya salah.

Kekadang tu,apabila dah masuk belajar di Universiti dan di mana-mana kolej di dunia ni.Kita boleh lihat perubahan yang ketara dalam diri seseorang itu.

Alhamdulillah kalau dari teruk kepada baik tapi risau dan bimbang kalau sebaliknya yang berlaku.

Oh ya.Sebelum tu.

TAHNIAH diucapkan kepada kawan-kawan saya dan fas.Cuti ni asyik dengar je orang tu bertunang la,orang ni bertunang la.Semoga kalian tabah dan sabar mengharungi hidup ini.

Saya akui,selain family…kawan-kawan la yang banyak mempengaruhi saya dan saya bersyukur sangat dapat bertemu kawan-kawan yang bagi saya sangat terbaik.

Saya akan cuba jadi yang terbaik buat kalian juga.

Cuba kita renung dan hayati lirik lagu berita buat kawan daripada Ebiet G Ade

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan

Sayang engkau tak duduk disampingku kawan

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan

Di tanah kering berbatuan

Salam

11.29.09

Insan Dalam Hidup Kita

Posted in Uncategorized at 9:33 am by ritzsyde

”Ayah dan ibu…Ayah dan ibu..

Itulah permulaan kami..

Dapat melihat bulan dan matahari..”

Tiba-tiba bait-bait lagu tersebut terngian-ngian di telingan saya.

Pagi tadi saya sempat turun ke court tennis langkawi.Waktu zaman kecik-kecik dulu,itu je la tempat permainan saya.

Pagi ke sekolah,tengah hari ke kelas tusyen ataupun kelas mengaji,petang lak ke court tennis.Malam pergi kelas tusyen balik.

Saya kagum dengan ‘geng-geng’ tennis saya kat Langkawi ni.Bukan anak-anak je main tennis,tapi satu family pun main.Mak,ayah,abang,kakak.Kiranya sifat kekeluargaan mereka tu utuh la.

Satu contoh tauladan yang sangat baik dan harus dicontohi.Betul tak?

Kalau tak ade mak,tak ade ayah.Mustahil kita akan ada di muka bumi Allah ni.Betapa besar dan agongnye ibu dan ayah kita.

For me,ibu ayah adalah segala-galanya.

Walaupun saya selalu berjauhan dengan family.Bukan lari rumah tau!!!!Tapi pergi belajar.Menuntut ilmu.( hehe ).

Saya tetap akan contact mereka.

Pernah dengar kan?Syurga di bawah tapak kaki ibu??

Kekadang tu saya sedih sangat bila ada kawan-kawan saya yang tak endahkan ibu mereka.

Bila kita hormat ibu kita,sayang ibu kita.InsyaAllah rezeki kita akan lagi murah.Hati pun rasa tenang je.

Kepada sesiapa yang masih ada ibu ayah.Sayang la mereka sebaik-baiknya.Jaga hati mereka.

Kepada yang sudah tiada ibu ayahnya,perbanyakkan lah doa untuk mereka.Supaya rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t.InsyaAllah..


Saya sayang sangat ibu dan ayah saya.Mereka merupakan sumber inspirasi bagi insan yang bernama Ritzuwan Syde

Salam

11.28.09

Wedding

Posted in Uncategorized at 11:02 am by ritzsyde

6.15 a.m – telefon berdering..

Kring!!!!Kring!!!!

Bangun….bangun..dah subuh dah..

Terima kasih kepada insan ( fasihah ) yang kejutkan saya subuh.Itu lah rutin harian pagi beliau,sanggup kejutkan saya subuh.MasyaAllah..

10.00 a.m – Teman ayah dan ibu ke ladang orkid.

Ibu dan ayah memang gemar berkebun.Kalau balik rumah je,saya mesti rehat-rehat di luar rumah.Dengar deruman air terjun di halaman rumah sambil meneguk secawan kopi sangat mengasyikkan.

Dalam perjalanan ke ladang orkid tu,saya sempat membaca buku tulisan sis zabrina dalam kereta.MasyaAllah..

Hebat hasil tulisan beliau.Buku yang padat dengan pengajaran dan menghiburkan.

Tahniah sis zabrina!!

Sanggupkah kita  berkahwin dengan diri kita sendiri??

Klakar kan?Tapi sebenarnye banyak tauladan yang kita boleh pelajari.

Sekiranya kita ada sikap pemalas,cepat putus asa dan sebagainya.Senang cakap sikap-sikap kita yang negatif la.

Kita sanggup ke nak mengahwini orang yang ada sikap-sikap macam tu?

Kita nak ke anak-anak kita ada sikap sebegitu?

Tersentak apabila baca buku tersebut.Tak ada orang lain yang boleh mengubah diri kita selain kita sendiri.

Walaupun ianya mengambil masa yang panjang untuk berubah..Tapi saya mesti melakukan juga!!!

Pilihan semua terletak pada diri sendiri.Nak jadi baik ataupun sebaliknya.

Kalau anda semua ada niat nak berubah untuk memperbaiki diri sendiri.Saya sarankan baca buku sis zabrina ni.Insyaallah anda akan pelajari sesuatu dalam hidup anda.

Salam

 

11.27.09

Salam Eiduladha 1430H

Posted in Uncategorized at 2:37 am by ritzsyde

Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!!

Hari ni dah 20 tahun saya menyambut hari raya aidiladha.Alhamdulillah..Syukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t

Intipati khutbah hari raya pagi tadi sangat bermakna.

Berkorban kerana Allah Ta’ala

Selain tu,nikmat syukur perlu ada dalam diri kita.Senang kan cakap bersyukur??Tapi susah nak ada sikap macam tu.

Bagi seorang usahawan.Untuk memulakan sesuatu bisnes.Perkara yang ada dalam minda kita apa?

Modal kan?

Kalau pikir modal,mesti semua akan pikirkan duit nak buat bisnes kan?

Ye..tu salah satu modal tapi modal yang paling penting adalah modal kesihatan tubuh badan kita.

Betul bang,betul kak..Kalau kita banyak duit tapi badan kita tak sihat,ada penyakit tu,ada penyakit ni.Duit banyak mana pun tak guna kan?Terlantar atas katil je.HuHu.

Jadi bersyukur la dengan apa yang kita ada.Jaga kesihatan kita baik-baik.Berdoa kepada Allah supaya kita dapat menempuhi hidup kita dengan hati yang senang dan bahagia.

Ya Allah ya tuhanku.
Aku bersyukur padamu ya Allah.
Berilah yang terbaik untuk diriku.
Hanya engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku ini
amin

Akhir kata,Selamat Hari Raya Eiduladha dari saya.Teruskan usaha anda wahai usahawan-usahawan di luar sana

Salam

Ritzsyde

 

11.24.09

Balik Rumah

Posted in Uncategorized at 12:00 pm by ritzsyde

Alhamdulillah…Dah 3 hari berada di kampung halaman..HaHa..

Cuaca hujan je memanjang.Dapat menghirup secawan nescafe baru ummp ni.

aktiviti hari ni

6.00 a.m – subuh

8.00 a.m – kerja di Saleha Bakery

2.00 p.m – berehat

5.00 p.m – tennis ( tapi hujan,cancel.huhu )

6.00 p.m – watching ketika cinta bertasbih

9.00 p.m – berehat sambil chating dengan fas

10.00 p.m – update blog

Best ngok movie ketika cinta bertasbih.Tingat balik time gi Mesir dulu.

Balik baru ni sempat jumpa fas sblom balik ke Langkawi.Seperti biasa la,aktiviti kami kalo jumpa mesti makan.

Makan..makan..n makan..HaHa.buncit la perut saya pas ni.HuHu..

Destinasi – Pizza Hut

menu – crunchy cheesy bites ( sangat sedap )

 

Seyes sedap.tak tipu

Model pizza hut yang cek jumpa.haha

cek makan tak tengok kanan kiri dah.fokus je.haha

Jadi sesiapa yang tak sempat merasa menu baru pizza hut ni,cepat-cepat serbu..HaHa..mempromote pulak ko ni wan.

Dah balik rumah adalah satu nikmat yang tak terhingga.Dapat jumpa family.Ayah,ibu,akak,acik,humairah dan husna

Mereka lah sinar dan sumber inspirasi saya.

humairah dan husna

Kalo anda seorang anak,jadi lah anak yang  terbaik kepada ibu bapa anda

Kalo anda seorang kawan,jadi lah kawan yang terbaik kepada kawan anda

Kalo anda seorang kekasih,jadi  lah kekasih yang terbaik kepada kekasih anda

Semoga anda akan menjadi insan yang baik dan disayangi semua orang.

amin

Salam

11.13.09

Happy Birthday Pipi Merah

Posted in Uncategorized at 12:14 pm by ritzsyde

MAIRA

Esok genap la umur Humairah 4 tahun.

Tadi baru call ayah kata nak gi beli hadiah maira.Nak beli patung barbie rasenya..

Mesti seronok maira.Tak pe,lagi 1 minggu paksu balik jumpa buah hati paksu ni.HeHe

Paksu doakan:

  • Maira akan jadi anak yang baik
  • Cerdas dan seorang anak yang bijak
  • Tak nakal-nakal dan dengar cakap umi ayah

mungkin maira tak dapat baca lagi tulisan paksu hari ni,tapi bila maira dah besar nanti.Mesti maira akan tau yang paksu sayang sangat kat maira.HeHe.

12470_169910654132_686134132_2614029_6808420_n

Haaaaa..ni cikgu bahasa inggeris yang akan ajar maira nanti.Paksu dah booking siap-siap dah.HeHe.

Untuk fas pulak..

  • Jangan sakit-sakit dah ye
  • Gud luck untuk result
  • Jangan mengigau-ngigau lagi ye (nanti roomate takut lak,hehe)
  • Fas selalu cakap abg tak hiraukan fas tetapi sebenarnya abg sunyi kalau fas tak de

Ok..sok ada paper food engin.Wish me luck.

Salam

11.12.09

Man with no legs and arms – Inspiring story

Posted in Uncategorized at 12:09 am by ritzsyde

Trust me,you will crying..

Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan sesekali kita give up!!!!

I Asked for Strength, God Gave Me Difficulties To Make Me Strong;

I Asked for Prosperity, God Gave Me Brain And Brawn To Work;

I Asked For Love, God Gave Me People To Help;

I Asked For Favors, God Gave Me Opportunities;

I Asked For Courage, God Gave Me Dangers To Overcome;

I Asked For Wisdom, God Gave Me Problems To Learn To Solve;

I Received Nothing I Wanted, I Received Everything I Needed!

Azriela Jaffe’s “Create Your Own Luck”Newsletter, Issue #3

 

Salam


more about “Man with no legs and arms – Inspiring…“, posted with vodpod

 

11.11.09

Persediaan ‘Kami’

Posted in Uncategorized at 4:15 pm by ritzsyde

Hari ni sangat happy sebab apa yang kami semua discusskan masuk exam.Alhamdulillah..syukur.

Harap semua akan skor ye untuk paper nutrition FDS 3403 hari ni.amin..

Di alam universiti ke,alam sekolah ke,kawan la yang paling rapat dengan kita.Betul tak??

“Supaya kita boleh jadi satu family di UDM ni”

Kawan-kawan SAINA,kekadang tu rindu sangat kat ampa ( loghat Kedah ) semua.

Masing-masing dah bawa haluan sendiri.

Dah ada di Jepun la,Rusia la,UK la,German la,Indonesia la,UIA,UM,UPM,UKM dan banyak-banyak lagi la Universiti dalam dan luar negara ni.

Doakan semuanya akan berjaya sebab “Di sini lah lahirnya pemimpin”.Motto sekolah..HeHe

Kawan-kawan time matrik pun dah ada hala tuju masing-masing.Rindu sangat kat korang dan selamat menempuh final exam

07112009166

Malam pertama discussion.Selepas penat berbincang,jom kita syoru ( makan ) dulu.hehe.Alamak..roomateku tak de lak.(mizi).photographer untuk malam ni.HeHe.

10112009061

Lokasi di bilik meeting library kampus kota.Penat menghafal nutrition sampai rasa nak muntah dah.hukhuk.

S4021510

Malam terakhir untuk perbincangan nutrition.Sesi menjamah makanan mesti ada..Wajib!!!!!Serius sedap kitorang makan sandwich pedas tuna.

Dah.Jom tido,esok ada discussion untuk food engin pulak.

All the best my frens and Good luck untk paper fundamental of food process engineering,FES 3013 sabtu ni.

Salam

 

11.08.09

Ku Rindu Panggilanmu

Posted in Uncategorized at 1:49 pm by ritzsyde

Baru selesai jawab paper calculus petang tadi..Letih ngat..

Soalan agak mencabar..HuHu..Harap-harap boleh skor..Amin..

Semalam membelek-belek gambar time menunaikan umrah dahulu.Terasa rindu sangat nak berkunjung semula ke Mekah.

Sekarang ni jemaah haji Malaysia telah berduyun-duyun ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Betapa berungtungnya mereka kerana dijemput oleh Allah untuk berkunjung ke rumahNya..

Saya doakan mereka mendapat haji yang mabrur.Insyaallah..

Kekadang tu,ada orang yang dah cukup duit,kiranya dah cukup serba serbi.Kata orang dah berkemampuan la.Diberi oleh Allah kesihatan yang baik,tetapi masih tak berpeluang berkunjung ke rumah Allah (masjidil haram).

Lihat kak,bang…Betapa berungtungnya kita sekiranya mendapat jemputan Allah untuk ke tanah suci Mekah al mukaramah kan??

Bagi jemaah haji pada tahun ni,jangan lupa berdoa kepada Allah..

“Ya Allah ya tuhanku,aku akan menunaikan fardhu Haji ini ya Allah,kau jadikan lah aku tetamuMu yang paling istimewa ya Allah,tetamuMu yang paling istimewa ya Allah dan yang paling istimewa ya Allah”

amin..

CIMG3096

gambar time di piramid,mesir

salam

11.06.09

Sami Yusuf – Make A Prayer

Posted in Uncategorized at 8:23 am by ritzsyde

more about "Sami Yusuf – Make A Prayer", posted with vodpod

Next page